Keluarga pelajar cemerlang miskin di Bachok kini terima bantuan JKM RM950 sebulan

SELEPAS kisah sedih, kini rezeki terus menyebelahi keluarga pelajar cemerlang yang miskin, Nur Nasuha Nusi, 12, apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan serta-merta bantuan bulanan berjumlah RM950 selama setahun kepada keluarga itu.

Bantuan bulanan itu dibuat di bawah Bantuan Kanak-kanak (BKK) iaitu RM700, selain Bantuan Am (BA) dengan kadar RM250 sebulan bermula bulan depan hingga Oktober tahun depan.

Terdahulu, keluarga Nur Nasuha menerima lawatan pegawai JKM diwakili Pembantu Kebajikan Masyarakat, Irfan Hafiz Halim hasil rujukan kes oleh pihak Pegawai Khas Exco Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita.

Bapa Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berkata pihak JKM turut menyerahkan sumbangan Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300 ketika lawatan itu.

Katanya, sumbangan diterima itu dijadikan bekalan untuk Nur Nasuha menduduki ujian Kecenderungan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di MRSM Kuala Krai, hari ini.

Katanya, sejak cerita mengenai Nur Nasuha tular, ramai pihak tampil membantu dan datang melawat mereka bagi menyampaikan bantuan termasuk bekalan makanan, lapor BH di Bachok.

Ini termasuk kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang yang turut menyampaikan sumbangan termasuk daripada Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hasil siasatan JKM mendapati masalah kewangan keluarga itu disebabkan kegagalan Mohd Nusi bekerja kerana mengalami penyakit gastrik kronik.

Selain Nur Nasuha dan bapanya, rumah daif yang disewa dengan kadar RM150 sebulan itu turut didiami ibunya, Nurul Izzati Nor,31, yang sarat mengandung tujuh bulan dan tiga lagi anak, Nurul Natasha Balqistina, 13; Muhammad Danial Izzan, 6, dan Muhammad Danish,3.

Kisah sedih keluarga miskin itu yang terpaksa mencuci pakaian dan mandi menggunakan air telaga, terbongkar dan menjadi tular selepas Nur Nasuha gagal ke ujian memasuki MRSM bagi kelayakan ke Tingkatan Satu kerana ketiadaan wang dan pengangkutan.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi