Air melimpah akibat longkang tersumbat punca tanah runtuh

TANAH milik persendirian yang tidak diselenggarakan dengan baik menjadi punca kejadian tanah runtuh di Jalan E6 Taman Melawati, semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sistem saliran tersumbat dengan batu dan tanah di longkang kawasan persendirian itu menyebabkan air melimpah apabila hujan lebat.

Jelasnya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menyerahkan notis kepada pemilik tanah bagi menyelenggara longkang di kawasan itu untuk mengelakkan kejadian berulang.

“Tanah ini milik persendirian dan tiada pembangunan dibuat. Tujuh rumah berisiko, dan semua penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman serta berpindah atas faktor keselamatan.

“Kawasan akan ditutup sementara hingga siasatan Jabatan Mineral dan Geosains selesai dan mengeluarkan laporan tanah kukuh dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat tinjauan di kawasan kejadian hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan wang tunai kepada tujuh keluarga yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh itu.
Amirudin berkata, setiap keluarga menerima bantuan RM500, dana dari Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

“Pusat Parlimen Gombak dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang akan menyelia bantuan tambahan lain seperti keperluan asas yang diperlukan.

“Seramai 23 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan E5 selebihnya memilih untuk tinggal bersama keluarga lain,” katanya.

Related Posts

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa semua pihak melihat isu pengurusan dan pengeluaran pasir di Sungai Pahang melalui perspektif ilmiah dan teknikal, bukannya dijadikan modal politik yang mengelirukan rakyat. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah