Keluarga Amiera Aqeelah terima sumbangan kebajikan UKM

TAWAU – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyalurkan sumbangan kepada keluarga seorang guru pelatih, Allahyarhamah Amierah Aqeelah Arbin yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bandar Sri Indah, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr. Norinsan Kamil Othman berkata, bantuan itu merupakan takaful perlindungan kematian bernilai RM15,000 dan khairat kematian sebanyak RM3,000 yang disalurkan melalui Unit Kebajikan dan Penajaan, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM).

“Pemergian Allahyarhamah bukan sahaja satu kehilangan besar kepada keluarga, malah turut dirasai seluruh warga universiti.

“Pemberian sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan solidariti UKM dalam membantu keluarga pelajar yang terkesan.

“Kejadian ini amat menyentuh hati seluruh komuniti UKM dan diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Difahamkan, Allahyarhamah merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam pengkhususan Geografi di Fakulti Pendidikan UKM dan seeing menjalani praktikum di sebuah Sekolah Menengah di Tawau.

10 April lepas, media melaporkan kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Batu 11 Jalan Apas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori