Kejohanan Piala Futsal Ketua AMK Sabah cerminan semangat kesukanan, perpaduan belia Sabah

KOTA MARUDU – Penganjuran Piala Futsal Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah 2025 mencerminkan semangat kesukanan dan perpaduan belia dari seluruh pelosok negeri khususnya di Kota Marudu.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, kejohanan itu diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anak muda.

“Kejohanan ini juga bagi mengukuhkan silaturrahim antara komuniti belia dari pelbagai daerah dan latar belakang.

“Menjadi platform membina kepimpinan dan bakat anak muda, selaras dengan matlamat AMK untuk melahirkan generasi pelapis berdaya saing,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Kejohanan itu disertai 40 pasukan terdiri daripada 23 pasukan lelaki dan 17 pasukan wanita iaitu satu penyertaan yang amat memberangsangkan sekali gus mencerminkan minat tinggi anak muda terhadap sukan dan gaya hidup sihat.

Zaidi yang juga Ketua Cabang PKR Kota Marudu turut menyatakan komitmennya untuk terus menerajui program pembangunan belia yang inklusif, progresif dan berimpak tinggi.

Katanya, sukan adalah jambatan perpaduan yang mampu menyatukan pelbagai kaum, agama dan budaya khususnya di Sabah.

Justeru, beliau berkata, AMK Sabah akan terus berdiri bersama anak muda dalam memimpin perubahan dan membina masa depan.

Sebagai rekod, johan bagi kategori lelaki disandang oleh kumpulan Ar Gang dengan membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan pingat manakala kumpulan Syndicates Berlyan’z pula memenagi tempat kedua membawa balik wang tunai RM1,000 serta pingat dan ketiga ialah kumpulan Kejora X dengan hadiah wang tunai RM800 serta pingat.

Bagi kategori wanita pula, johan ialah kumpulan Bonito membawa pulang wang tunai RM1,000, piala serta pingat manakala naib johan dimenangi Ziemal FT dengan hadiah wang tunai RM800 dan pingat sementara tempat ketiga ialah kumpulan Lipan Lady membawa pulang RM500 dan pingat.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM