Kejayaan diplomatik Malaysia, kebijaksanaan PMX imbangani Barat-Timur

RAKYAT Malaysia wajar berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bijak mengatur strategi diplomatik dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

Profesor Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpendapat, hegemoni Malaysia bersama negara-negara luar berpotensi menjadi isyarat kekecewaan kepada Barat berikutan sokongan blok itu terhadap Israel.

“Saya berpandangan bahawa tindakan Perdana Menteri itu bijak dalam mengimbangi di antara blok Barat dengan Timur.

“Lebih-lebih lagi sesuai sebagai isyarat kepada Barat betapa kecewanya kita terhadap mereka dalam soal sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Israel,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press pada Khamis.

Hari ini, menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata negara berhak menjalin hubungan dengan negara-negara lain di seluruh dunia sebagai sebuah negara merdeka dan bebas.

Dalam kenyataan itu lagi, Perdana Menteri meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain, sambil menegaskan bahawa Malaysia mahu berbaik dengan semua negara.

Anwar yang baru pulang dari lawatan kerja ke Rusia baru-baru ini, juga berkata bahawa pertemuannya dengan Presiden Vladimir Putin bertujuan mengukuhkan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Moscow, selain mahukan Rusia meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia.

Ujar Ahmad Fauzi yang juga merupakan wakil pertama Malaysia ke Russia-Islamic World Strategic Meeting di Grozny, Republik Chechen, Persekutuan Russia pada tahun 2017 itu berpendapat, hubungan baik dua hala Malaysia – Russia perlu dikekalkan lebih-lebih lagi apabila Putin menonjolkan rasa hormat kepada agama Islam.

“Putin juga sudah lama menunjukkan rasa hormat kepada Islam dan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin lokal Muslim seperti Ramzan Kadyrov,” katanya.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan