Kejar projek air lambat siap, banteras pencuri elektrik persediaan terima pelabur – Akmal Nasir

KUALA LUMPUR – Bagi mempersiapkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, kerajaan berusaha keras menyediakan infrastruktur dan prasarana mampan untuk menerima kehadiran pelabur-pelabur yang akan bertapak di negara ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, untuk mencapai hasrat itu beliau dan kementeriannya beberapa bulan ini sibuk mengejar projek air yang lambat siap dan membanteras pencuri-pencuri elektrik.

“Banyak pelaburan masuk, lagi cepat kita perlu ‘upgrade’ (naik taraf) banyak benda. Inilah asam garam Malaysia nak ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Saban hari AWS, Google, Oracle dan banyak syarikat mengumumkan mahu bertapak di Malaysia. Kesannya penggunaan elektrik dan air akan meningkat berganda-ganda.

“Sebab itu untuk beberapa bulan yang lepas, saya fokuskan kejar projek air yang lambat siap dan pencuri-pencuri elektrik,” kata Akmal dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Beliau malah mengakui negara belum bersedia sepenuhnya lagi untuk menyediakan segala kemudahan untuk pelabur, namun ia sedang diusahakan.

“Kini, kita tak boleh lagi ‘business as usual’.

“Kita juga perlu adaptasi teknologi seperti kitar semula air dan tenaga alternatif untuk penuhi cabaran ini,” jelas beliau.

Sebelum ini, Kumpulan Bank Dunia berkata, Malaysia dijangka mencapai peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi antara 2024 dan 2028, menunjukkan trajektori pembangunan transformasi ekonomi negara sejak beberapa dekad yang lepas.

Bagaimanapun, Kumpulan Bank Dunia berkata, pembaharuan selanjutnya diperlukan untuk menyertai barisan negara-negara maju yang lain dalam laporan terkininya, “Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development”.

Pendapatan negara kasar per kapita Malaysia sebanyak AS$11,200 (RM46,032), menurut anggaran terkini, dan hanya kekurangan AS$1,335 (RM5,487) daripada paras ambang semasa yang mentakrifkan sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

“Sasaran Malaysia bukan hanya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, tetapi juga dengan pertumbuhan yang mampan dan dikongsi bersama,” katanya.

Related Posts

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di negara ini, sekali gus memastikan akses tontonan lebih meluas kepada rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

PUTRAJAYA – Kemelut politik di Negeri Sembilan yang tercetus sebelum ini disahkan telah diselesaikan apabila semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO kembali menyokong Kerajaan Perpaduan. Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Tiada proklamasi rasmi, pengisytiharan pelucutan Tuanku Muhriz dipertikai dan tidak sah

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak