PMX lonjak Malaysia ke tangga 4 paling berpengaruh di Asia Tenggara

PUTRAJAYA – Malaysia menduduki tangga keempat paling berpengaruh di Asia Tenggara selepas Singapura, Indonesia dan Thailand dan berada di tangga ke-11 daripada 27 buah negara Asia dengan peningkatan skor keseluruhan sebanyak 1.6 mata, menurut Laporan Penemuan Utama Lowy Institute 2024.

Berdasarkan Laporan Indeks Kuasa Asia 2024, di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang baharu dan berdiplomasi, Malaysia berjaya melakar skor tertinggi dari segi pengaruh diplomatik dengan peningkatan sebanyak 9.1 mata, di belakang Filipina dengan 12.1 mata.

“Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh lebih aktif di peringkat antarabangsa berbanding pendahulunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana telah melonjakkan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-11 kepada tempat ke-5.

“Anwar bersama menteri luarnya telah menghadiri 72 buah pertemuan dua hala bersama negara dalam indeks sekaligus melonjakkan Malaysia ke tangga ke -12 dari segi kepimpinan serantau dan tangga ke-15 bagi kepimpinan global,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, Malaysia mencapai prestasi terbaik dalam ukuran pengaruh budaya dengan menduduki tempat ke-6 daripada 27 negara dalam indeks.

“Namun, Malaysia masih belum mencapai kedudukan yang baik dari segi keupayaan ketenteraan, dengan tempat ke-16 daripada 27 negara manakala skor bagi rangkaian pertahanan turut menurun tiga anak tangga dari tahun 2023 ke tempat ke-14 pada tahun 2024.

“Ia berkemungkinan mencerminkan pendirian Malaysia yang lebih berhati-hati dan tidak berpihak kepada mana-mana rangkaian keselamatan serantau,” katanya.

Secara keseluruhannya, pada 2024, Malaysia mempunyai peningkatan tertinggi dalam pengaruh diplomatik (+9.1), pengaruh budaya (+4.2), keupayaan ketenteraan (+1.5), keupayaan ekonomi (+1.1), hubungan ekonomi (+0.9) dan sumber masa depan (+0.8) namun kehilangan mata bagi rangkaian pertahanan (−2.4) dan daya tahan (-1.2).

Sebagai rekod, Indeks Kuasa Asia, yang dilancarkan oleh Institut Lowy pada 2018 berfungsi untuk mengukur sumber dan pengaruh bagi menentukan kedudukan kuasa relatif negara-negara yang berada di Asia.

Laporan Indeks Kuasa Asia ini melibatkan penilaian keatas 27 buah negara Asia dari segi keupayaan ketenteraan dan rangkaian pertahanan, keupayaan dan hubungan ekonomi, pengaruh diplomatik dan budaya, serta daya tahan dan sumber masa depan.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan