PM pertimbang tindakan undang-undang terhadap Bloomberg

KUALA LUMPUR — Tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan terhadap media antarabangsa Bloomberg berhubung laporan yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa siasatan terhadap individu tertentu.

Semasa Waktu Soal Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar mengesahkan polis sudah menerima laporan dan mengambil beberapa langkah termasuk memanggil wakil Bloomberg dan individu berkaitan pada 1, 8 dan 11 Oktober.

“Ini adalah kali kedua Bloomberg membuat tuduhan berbahaya terhadap Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, dengan dakwaan kelulusan untuk pembinaan kasino.

“Ini adalah fitnah melampau (mengenai sesuatu) yang tidak pernah dibangkitkan oleh Kabinet atau Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan kerana polis telah menerima laporan dan menyiasat perkara itu.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan, dan saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan mereka dan agar Peguam Negara mengambil tindakan sewajarnya (jika ada salah lapor),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Minggu lalu, Polis Putrajaya mengesahkan pihaknya merekodkan keterangan Isham di IPD Putrajaya.

Keterangan itu diambil susulan kenyataan Isham yang menggesa Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM.

Bloomberg melaporkan, Anwar meminta SPRM untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes pembelian saham bernilai jutaan ringgit.

Isham turut memaklumkan jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar ia adalah satu fitnah yang berat.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan