Kehilangan lelaki terjawab, dijumpai maut terapung di kolam ikan

BIDOR – Kehilangan seorang lelaki berusia 23 tahun sejak Selasa terjawab apabila mayatnya ditemui terapung dekat kolam Ikan Kampung Old Stream Bidor, di sini, pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi Rabu.

Ujarnya, sebelum hilang, difahamkan mangsa tidur bersama rakannya di sebuah pondok berhampiran.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada Selasa, sekitar jam 5.12 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor digerakkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan mangsa telah tidur bersama rakannya di sebuah pondok berhampiran dan dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Sabarodzi, rakannya telah memaklumkan kepada keluarga dan membuat pencarian, namun gagal ditemui.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan pihak bomba,” jelas beliau.

Justeru, katanya, pasukan bomba membuat pencarian menggunakan bot dan menemui mangsa dalam keadaan terapung.

“Mangsa dibawa ke tebing dan disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.

Operasi membabitkan seramai sembilan anggota itu tamat jam 2.50 pagi.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026