WeChat, TikTok sudah miliki lesen, Facebook dan Telegram dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia dengan memohon lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan memaklumkan Tencent (WeChat) dan ByteDance (TikTok) telah diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)).

Menurutnya, perkara itu menjadikan dua syarikat itu sebagai penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

“Telegram sedang berada di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka mendapat lesen dalam masa terdekat manakala Meta, yang menyelia
Facebook, Instagram dan WhatsApp telah memulakan proses untuk memperoleh lesen.

“Ini bagi membolehkan platform mereka beroperasi di dalam negara, yang dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, MCMC mendedahkan bahawa aplikasi X dan Google yang bertanggungjawab terhadap Youtube masih belum membuat sebarang permohonan lesen perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

Jelasnya, pihaknya ketika ini sedang giat menyemak kesahihan jumlah
pengguna dan akan meneruskan sesi libat urus bagi menilai kedudukan X berikutan pengguna yang dimilikinya di Malaysia tidak mencapai nilai 8 juta, seperti yang disyaratkan dalam peruntukan undang-undang.

“Berhubung Google, beberapa perkara dibangkitkan mengenai ciri-ciri
perkongsian video YouTube dan klasifikasinya di bawah Kerangka Pelesenan.

“SKMM elah membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan akan memastikan
YouTube serta semua penyedia platform yang relevan dimaklumkan dengan jelas
mengenai tugas dan tanggungjawab mereka untuk mematuhi kerangka
Pelesenan yang kini sudah berkuat kuasa,” katanya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan