Perak lepasi sasaran 8 juta pelancong Tahun Melawat Perak 2024

IPOH – Negeri Perak menerima 8.4 juta pelancong domestik dan 627,292 pelancong antarabangsa datang ke negeri ini sepanjang berlangsungnya kempen Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024) yang melabuhkan tirai secara rasmi pada 31 Disember 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, data yang diperolehi dari Tourism Malaysia itu berjaya melepasi sasaran untuk menarik lebih 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa ke negeri ini.

Ujarnya, TMP 2024 yang dilaksanakan bukan sahaja dapat memperkukuhkan sektor pelancongan negeri, bahkan membawa limpahan manfaat terutama bagi sektor ekonomi negeri.

Sehingga November 2024, Perak telah menerima 8.4 juta pelancong harian manakala sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa.

“Berlabuhnya tirai 2024, maka secara rasminya berakhirlah kempen TMP 2024.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya melepasi sasaran kehadiran pelancong sama ada domestik mahupun antarabangsa datang ke negeri ini.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan sektor pelancongan negeri, tetapi turut membawa limpahan manfaat kepada pelbagai lagi sektor ekonomi negeri,” katanya.

Terdahulu, Saarani turut bersama ribuan rakyat Perak meraikan Finale TMP 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini, malam tadi.

Turut hadir Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Antara pengisian Finale TMP 2024 termasuk Pelancaran Coffee Trails of Perak, penyampaian hadiah Pertandingan Passport Perak, Penghargaan ‘Unsung Hero’ serta pengiraan detik ambang tahun baharu 2025.

Beliau turut menyeru agar perpaduan yang menjadi benteng kekuatan selama ini terus dipelihara dan diperkasa.

Ini kerana, itu adalah kunci dalam mengharungi cabaran dan membuka lebih banyak ruang kejayaan.

“Saat kita menuju ke tahun baharu, mari kita memperbaharui azam dan tekad, memastikan Perak terus maju dan makmur.

“Semoga tahun 2025 mampu memberi sinar kebahagiaan, melimpahkan kemakmuran dan membawa kesejahteraan kepada kita semua, Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, Perak telah melancarkan kempen TMP 2024 pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Silverlakes Village Outlet di Batu Gajah.

Saarani ketika itu berkata, kerajaan negeri turut menyasarkan pulangan RM10 billion sepanjang kempen pelancongan itu berlangsung.

Related Posts

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

SEMPORNA – 15 individu termasuk pelancong selamat selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dua bot di kawasan perairan berhampiran Floating Resort dan Jeti Umum Semporna, pada Khamis. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas