Keganasan Zionis jadi peringatan umat Islam perkukuh ilmu, teknologi

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan keganasan berterusan rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan negara serantau menjadi peringatan penting kepada umat Islam untuk bangkit memperkukuh kekuatan diri, termasuk dalam bidang ilmu dan teknologi.

Beliau berkata, konflik berlarutan puluhan tahun itu membuktikan umat Islam tidak boleh terus berada dalam keadaan lemah, sebaliknya perlu bersatu dan meningkatkan keupayaan secara menyeluruh.

Menurutnya, persiapan dari sudut penguasaan ilmu dan teknologi kini menjadi faktor utama dalam menentukan kekuatan sesebuah negara.

“Pengalaman mutakhir menunjukkan betapa pentingnya persiapan dari sudut ilmu dan teknologi kerana ia menjadi asas kekuatan, termasuk dalam menghadapi sebarang ancaman,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M di sini, malam tadi.

Anwar berkata, dalam menghadapi cabaran global termasuk konflik di Palestin, Lubnan dan Iran, umat Islam perlu mengambil pengajaran dengan memperkukuh kekuatan dalaman berasaskan al-Quran.

Katanya, penghayatan al-Quran bukan sekadar membaca dan menghafaz, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam kehidupan sehingga membentuk kekuatan roh, akhlak serta pemikiran.

“Tilawah dan hafazan al-Quran harus menjadi asas membina generasi berilmu yang mampu mengimbangi tuntutan tradisi Islam dengan penguasaan bidang moden termasuk teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Menurutnya, sistem pendidikan negara juga perlu menekankan keseimbangan antara nilai Islam dan kemajuan teknologi supaya pembangunan tidak tersasar landasan sebenar.

“Dalam sistem pendidikan, kita tekankan usaha menguasai ilmu secara menyeluruh termasuk teknologi baharu, namun tidak meninggalkan landasan tradisi.

“Inilah yang dimaksudkan menggapai di langit tetapi tetap mengakar di bumi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kelemahan umat Islam berpunca daripada kegagalan membina keseimbangan antara kekuatan akidah, akhlak dan penguasaan ilmu.

Sehubungan itu, katanya, usaha memperkasa pendidikan berteraskan al-Quran serta penerokaan teknologi baharu perlu dipergiat bagi melahirkan generasi lebih berdaya saing.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori