Kebijaksanaan Anwar atur strategi mampu tangani cabaran serantau Asean

MALAYSIA ke arah mengemudi rantau Asean dengan memastikan kerjasama dengan organisasi dan pertubuhan lain akan memberikan manfaat kepada semua negara anggota.

Pada sidang kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 yang baru menutup tirainya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memainkan peranan penting dalam menggesa negara anggota bukan meningkatkan kesejahteraan menerusi idea-idea baharu tetapi juga mampu berdiplomasi bagi mencapai keamanan di rantau ini.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkara ini wajar agar setiap perbezaan dan pertembungan serantau tidak menjejaskan komitmen dan kebertanggungjawaban bersama untuk komuniti Asean.

“Perdana Menteri menyatakan akan menjadi pengerusi dengan visi keterangkuman, perpaduan dan kerjasama kerana beliau tahu untuk memacu kecemerlangan serantau, yang diperlukan adalah kestabilan sejagat agar masing-masing menikmati habuannya.

“Dasar berkecuali dan kepimpinan bersifat komprehensif dan menyeluruh.

“Malaysia juga akan mengemudi rantau ini dengan memastikan kerjasama dengan pertubuhan dan organisasi lain akan memberi nilai tambah kepada negara anggota,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Sabtu.

Sementara itu, beliau juga berpendapat, giliran Malaysia memikul tanggungjawab itu bertepatan dengan keperluan komuniti Asean dalam usaha untuk mendamaikan negara anggota dan rakan dialog dalam mencapai persefahaman.

Tambahnya, dengan kebijaksanaan Anwar mengatur strategi bagi jangka pendek dan panjang bakal membawa perubahan yang positif dari segala aspek seiring mengharungi cabaran serantau.

“İni kali kelima Malaysia menjadi pengerusi selepas tahun 1977, 1997, 2005, dan 2015 dan kini 2024, seolah-olah setiap 9 atau 10 tahun sekali bermakna setiap tempoh masa ruang dan persekitaran berbeza.

“Untuk jangka pendek, Malaysia barangkali mahu melihat iltizam semua anggota bersifat terangkum dan mampan sebagaimana tema yang dipilih.

“Bagi jangka masa panjang, kerjasama ini mahu diperluaskan dengan semua bergerak seiringan dalam masa depan yang lebih baik berasaskan prinsip kemuafakatan bersama atas nama Asean.

“Perkongsian ekonomi akan menjadi salah satu agenda utama dan memastikan rantau ini kekal aman dan stabil untuk semua,” katanya.

Pada Jumaat, Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Asean 2025 daripada Laos.

Upacara simbolik serahan tugas dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Viantiene.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak