Kebiadaban semakin dinormalisasikan?

SEDAR atau tidak rakyat negara ini berdepan suatu krisis yang sangat berbahaya?

Krisis yang dimaksud itu tidak lain daripada pembiasaan kebiadaban.

Contoh kebiadaban itu memaki, mencarut, memesongkan, dan memfitnah!

Siapa yang terlibat dalam hal ini dan apakah contoh kebobrokan itu?

Ya, kedua-dua soalan itu menarik untuk diperkatakan.

Yang terlibat sekarang semua lapisan masyarakat – orang awam, kakitangan awam, kakitangan swasta, pemimpin kecil, pemimpin pertengahan, dan pemimpin atasan.

Lihatlah bahasa yang berlegar-legar dalam perbualan di media sosial, rancangan hiburan di media elektronik, sesi bual bicara dalam siaran tertentu – banyak kosa kata yang buruk diguna pakai.

Apabila ada sesuatu isu dipaparkan, berlakulah diskusi iaitu masing-masing memberi pandangan.

Daripada isu itu, kadangkala timbul perdebatan hangat dan selalunya menyimpang jauh daripada isu utama.

Yang menyedihkannya, sudut pandang dan bual bicara itu kerap melibatkan kata-kata yang tidak wajar.

Pada peringkat tertentu, hal tersebut sampai pada peringkat komunikasi yang sangat tabu (ujaran yang terlarang).

Perkataan yang tidak sopan terbit dalam bentuk makian dan carutan termasuklah hal yang sangat menggores perasaan.

Pada tahap tertentu, makian dan carutan dikaitkan dengan keturunan pihak lawan sekalipun yang terlibat itu sebangsa dan seagama.

Kini kita seperti sudah sangat jauh daripada komunikasi bersifat eufemisme – bahasa halus; bersantun dan berhati budi.

Hampir-hampir tidak kedengaran lagi penggunaan kata panggilan hormat seperti ‘saudara’ dan ‘saudari’ dalam kalangan kita.

Yang banyak digunakan kini kosa kata ‘ko’, ‘ang’, ‘demo’, dan ‘mung’ terutama apabila berlaku perdebatan hangat.

Perkataan kasar yang lain seperti ‘bodo’, ‘babi’, ‘hanat’ , dan ‘kapir’ sewenang-wenangnya digunakan termasuklah oleh pihak yang ada ‘title’ (gelaran) aktivis agama.

Apakah punca berlakunya semua ini dan siapakah yang menyebabkan ini berlaku?

Tunggu kupasan berikutnya.

Sambil itu, lakukan jangkaan ke atas naratif berkenaan.

Related Posts

PRU16: Referendum emosi atau penilaian dasar?

BEBERAPA bulan kebelakangan ini hampir setiap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan sekadar dikritik, tetapi dipotong, dibingkai semula dan dipindah ubah konteksnya. Baru-baru ini misalnya, ucapan Tahun Baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Yusoff Rawther: Maklumat tidak tepat jadi modal cipta persepsi Anwar bersalah

HAL yang paling menakutkan zaman sekarang ni ialah penyebaran maklumat yang tidak tepat. Naratif yang telah dipropagandakan demi laba politik pihak tertentu. Ini dapat dilihat dalam isu penarikan balik rayuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya