Israel salah guna nama kitab suci halalkan jenayah perang

JERUSALEM – Tentera rejim Israel sekali lagi menggunakan nama kitab Injil iaitu ‘Operasi Anak Panah Bashan’ untuk menggambarkan operasi ketenteraannya yang menyasarkan aset dan keupayaan tentera Syria selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Ahad.

Sejak kejatuhan rejim Assad, tentera Israel melancarkan kempen udara secara besar-besaran yang menyasarkan tapak-tapak ketenteraan di seluruh Syria, termasuk serangan ke atas pelabuhan Syria di Al-Beida dan Latakia yang memusnahkan armada tentera laut Syria, lapor Anadolu.

Tentera Israel juga mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengambil alih kawalan zon penampan tanpa tentera di Bukit Golan buat sementara waktu, dengan alasan bahawa perjanjian pemisahan 1974 dengan Syria telah ‘runtuh’.

Menurut anggaran tentera Israel, kira-kira 80 peratus daripada keupayaan dan aset tentera Syria telah dimusnahkan setakat ini, termasuk jet pejuang, helikopter, kereta kebal, kapal perang, radar, dan pelbagai jenis roket.

Menerusi satu kenyataan tentera, Radio Tentera Israel menyatakan bahawa operasi terhadap Syria dinamakan Operasi Anak Panah Bashan, di mana Bashan adalah istilah Injil yang merujuk kepada tanah di selatan Syria dan timur Jordan yang ditakluki oleh orang Israel selepas mengalahkan Og, raja Bashan, menurut Perjanjian Lama.

Tentera Israel sejak dahulu lagi telah menyalahguna teks daripada Taurat serta naratif agama purba lain sebagai nama perang dan operasi ketenteraannya untuk memperkukuhkan tuntutan hak ketuhanan bagi mewajarkan cita-cita penjajahannya di rantau ini.

Dalam perang pembunuhan beramai-ramai Israel ke atas Gaza, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menggunakan rujukan Injil untuk mewajarkan jenayah perang tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Netanyahu menggunakan naratif Amalek dalam kitab Ibrani ketika menghasut tenteranya untuk menyerang Gaza, satu teori ganas yang merujuk kepada usaha memusnahkan sepenuhnya penduduk Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pada awal Januari, pasukan guaman Afrika Selatan menggunakan hasutan Netanyahu kepada genosid – naratif Amalek dalam kitab terhadap rakyat Palestin di Gaza dalam sesi perbicaraan pertama di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi tuntutan genosid terhadap Israel.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO