SPRM sambut baik inisiatif, kesedaran warga Majlis Perbandaran Sandakan

SANDAKAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik inisiatif program kesedaran yang melibatkan semua warga Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam usaha membanteras rasuah.

Menurut Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah, pendekatan seperti ini penting untuk memberikan peringatan berterusan kepada penjawat awam dalam usaha memastikan integriti dalam perkhidmatan awam.

“Sebagai pihak yang sentiasa terbuka terhadap aduan, kami mengalu-alukan sebarang maklumat yang dikemukakan oleh masyarakat.

“Memang ada aduan berkaitan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini dan setiap aduan akan disiasat secara teliti,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Masyarakat Sandakan sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa dan Intergriti Kebangsaan Peringkat MPS Sandakan Tahun 2024 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, program tersebut mendapat sokongan dan komitmen penuh dengan kehadiran semua warga MPS.

Tambahnya, aduan daripada masyarakat adalah perkara biasa kerana melibatkan kepuasan hati rakyat yang ingin melihat perkhidmatan awam yang lebih telus dan berintegriti.

Terdahulu, Presiden MPS, Henry Idol berkata, peranan pihaknya dalam memerangi rasuah dan integriti bukan sekadar kata-kata tetapi sebuah prinsip yang dipegang teguh.

Jelasnya, setiap perkhidmatan yang dijalankan kepada masyarakat mesti dijalankan dengan penuh ketelusan dan tanggungjawab.

Beliau berkata, sejak tahun 2023 MPS telah mengambil langkah proaktif dengan memperoleh pensijilan ABMS ISO 37001:2016 atau Sistem Pengurusan Anti-Rasuah.

“Sistem ini bukan sahaja menetapkan garis panduan yang ketat untuk mencegah rasuah tetapi juga memastikan akauntabiliti di semua peringkat jabatan.

“Sebagai contoh, pihak MPS telah melaksana serta menambah baik pengurusan risiko rasuah dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘Corruption Risk Management’ (CRM) di setiap jabatan dengan memberi keutamaan terhadap proses kerja yang sensitif terutama sekali dari segi penerimaan pelbagai jenis bayaran dan juga proses perolehan,” katanya.

Jelasnya, alat tersebut membantu MPS dalam memperincikan setiap risiko rasuah yang ada dan pelan perancangan untuk menangani serta menutup ruang serta peluang yang ada.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta