Keberanian Maszlee dedah 1BestariNet terima pujian netizen, harus dicontohi pemimpin tempatan

PUTRAJAYA – Kelantangan Dr Maszlee Malik terhadap tender perkhidmatan 1BestariNet sehingga kehilangan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dianggap sebagai wira di media sosial, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap projek tersebut.

Rata-rata netizen, khususnya bekas guru merakamkan penghargaan kepada bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu di atas keberaniannya mendedahkan salah laku ke atas projek berkenaam yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

“Berkenaan perkara ini, aku rasa kena berterima kasih dengan Maszlee. Member sampai hilang jawatan kot sebab persoal 1BestariNet. Walhal masa jadi Menteri Pendidikan, aku tag dia isu pasal cikgu Sabah dan Sarawak di twitter je, dia bawa masuk Parlimen, punyalah perform,” kata injang_nation.

“Maszlee memang antara menteri yang perform, dia langgar sahaja 1BestariNet sebab ada kelompangan yang berlaku. Kesian anak bangsa kita ketika Muhyiddin jadi Menteri Pendidikan,” kata hamzercun di Twitter.

“Kalau Muhyiddin ataupun pengganti Maszlee, iaitu Radzi Jidin masa jadi Menteri Pendidikan, memang jahanam teruk uruskan sekolah. Banyak kelemahan tatakelola berlaku, Maszlee memang A masa jadi menteri,” luah ruhaizer.

Dalam pada itu, Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menerusi kenyataan berkata, sikap yang dipamerkan Maszlee harus dicontohi oleh setiap wakil rakyat, khususnya barisan Kabinet dalam memperkasa integriti dan membanteras rasuah.

Menurutnya, pendedahan itu membuktikan Maszlee lebih mementingkan untuk pemerkasaan pendidikan dan tidak kisah kehilangan jawatan sebagai menteri.

“Negara kita memerlukan pemimpin pendidikan yang mempunyai integriti, berani dan kukuh keilmuan pendidikan. Cergas mindanya dalam memimpin hala tuju pendidikan yang dicitakan.

“Kita pernah mempunyai watak pemimpin pendidikan seperti itu. Walaupun diuji sehingga terpaksa kehilangan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tetap tegas berprinsip. Tahniah,” katanya.

Terdahulu, Maszlee mendedahkan isu membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

Dalam pendedahan terbarunya, Maszlee memberitahu Perdana Menteri ketika itu, Mahathir memintanya berbuat demikian, di atas permintaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga ahli Bersatu ketika itu mendakwa dipanggil oleh Mahathir sebanyak lima kali untuk bertemu di pejabatnya bagi berbincang isu berkenaan.

Maszlee berkata, pada mesyuarat terakhir bersama Mahathir, beliau memaklumkan bahawa Muhyiddin amat marah kepadanya disebabkan isu berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Maszlee menerima kiriman emel yang memintanya memulangkan semula jawatan yang diamanahkan kepadanya.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta