Kebakaran paip gas: 190 rumah, 159 kenderaan rosak teruk

KEBAKARAN saluran paip gas bawah tanah di Putera Heights Subang Jaya hari ini telah menyebabkan 190 kediaman dan 159 pelbagai jenis kenderaan termasuk 11 motosikal mengalami kerosakan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, kebakaran bermula jam 8.10 pagi itu menyebabkan kenderaan milik penduduk berhampiran yang tidak sempat dialihkan mengalami kerosakan.

“Setakat jam 3.40 petang tadi, Komander Operasi di lapangan melaporkan kerja pemadaman masih diteruskan dan api hampir padam.

“Setakat ini sebanyak 190 unit rumah, 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenal pasti mengalami kerosakan yang pelbagai akibat kebakaran dan haba panas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Razali berkata, kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh oleh pasukan bomba ke atas semua kediaman yang terjejas sedang dilakukan.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi