Berkorban tidak balik beraya, jaga masjid di 1 Syawal

PUTRAJAYA – Bukan penjaga di lautan samudera apatah lagi mengawasi musuh di sempadan negara, namun jasa dan pengorbanannya juga setara apabila sanggup mengorbankan cuti raya demi bertugas menjaga masjid negara.

Di saat umat Islam lain gembira menyambut 1 Syawal bersama seisi keluarga, ada petugas keselamatan masjid yang terpaksa mengorbankan cuti raya demi menyantuni pengunjung yang hadir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Putra dan Masjid Sultan Zainal Abidin, tempat tumpuan utama di Putrajaya.

Seorang petugas keselamatan di Masjid Putra, Mohamad Firdaus, 27, berkata, walaupun sudah lapan tahun berkhidmat di masjid tersebut, namun dirinya sudah terbiasa bekerja pada setiap kali pagi Hari Raya Aidilfitri bagi memberi peluang kepada kawan-kawannya yang lain untuk pulang beraya bersama keluarga. 

“Saya sudah berkhidmat di masjid ini daripada tahun 2017 sampai sekarang dan setiap tahun, saya tidak balik kampung di Kedah pada setiap kali hari raya pertama.

“Rindu kepada keluarga itu sudah pasti, walaupun sudah lapan tahun tidak dapat beraya bersama keluarga di pagi raya tapi saya selalunya akan buat panggilan video kepada ibu di pagi 1 Syawal untuk lepaskan rindu dan bertanya khabar mereka di kampung.

“Kalau beraya di sini pada raya pertama dan kedua, kami akan  ziarah rumah saudara mara di perantauan. Pihak masjid juga ada buat majlis hari raya jadi boleh bawa anak dan isteri beraya di masjid dan satu lagi, semasa bertugas hari pertama, kami petugas boleh pakai baju raya, jadi dapatlah rasa sedikit suasana hari raya tu.,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press.

Firdaus berkata, bagaimanapun selepas berumah tangga, dia mengakui sedikit terkilan apabila tidak dapat memenuhi keinginan isterinya yang mahu pulang beraya di kampung halamannya pada awal Syawal.

“Tahun ini saya balik raya ke-12, maknanya daripada raya pertama hingga raya ke-11, saya bekerja. Lain pula tahun lepas, saya tidak balik Malaysia sebab beraya dan bertugas di Korea.

“Sewaktu bujang dahulu, tiada cabaran sangat sebab dah biasa merantau daripada kecil. Selepas dah berkahwin, cabarannya adalah apabila isteri nak balik kampung tapi saya kena bertugas. Mungkin isteri sedikit sedih apabila tidak balik raya tapi dia reda sahaja dan boleh terima.

“Cabaran sebagai petugas pula, tiada cabaran sangat sebab di sini masjid memang penuh sampai ke bahagian luar, jemaah akan masuk sahaja cuma ada geng-geng Arab, Yaman yang ada adatnya akan bawa alat seperti kerambit jadi kami perlu tahan untuk elakkan sebarang masalah di dalam masjid,” ujarnya.

Turut sama tidak dapat pulang beraya, pengawal keselamatan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, Mohamad Amir, 31, berkata, walaupun sudah terbiasa perlu bertugas pada setiap pagi raya, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

“Walaupun kena bertugas pada hari raya pertama, kedua dan ketiga, tapi memandangkan keluarga saya berada di Dengkil, Selangor sahaja, jadi mereka akan datang beraya di masjid ini bersama saya.

“Saya sudah empat tahun berkhidmat di sini dan sudah empat kali tidak beraya bersama keluarga pada hari raya pertama. Biasanya saya bertugas pada hari raya pertama, kedua dan ketiga kerana tiga hari ini sangat kritikal dengan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai sehingga ada diantara kami yang terpaksa bekerja lebih masa, cuti dibekukan dan kena bertugas sana dan sini.

“Bagi saya secara peribadinya, saya okey sahaja sebab keluarga saya dekat di sini sahaja jadi apabila balik kerja masih dapat jumpa mereka cuma kurang masa bersama keluarga, sebab saya bekerja sebagai pengawal pun masuk 7.30 pagi balik 7.30 malam, masa bersama keluarga agak singkat,” katanya.

Menurut pengawal keselamatan itu, cabaran bertugas masa raya pula, petugas akan jadi terlalu penat terutamanya semasa pagi raya iaitu ketika solat sunat Aidilfitri.

“Masa pagi raya  itu memang ramai sangat yang akan datang untuk solat hari raya. Jadi sebagai pengawal, kena sedia berkhidmat, baik dan terkawal. Jemaah pula juga boleh mencecah sehingga 7,000 hingga 8,000 dan kebanyakan mereka adalah orang tempatan dan pengunjung daripada Arab Saudi, Bangladesh dan Nepal.

“Namun menariknya pula, setiap kali bekerja kita akan lihat banyak perkara yang manis contohnya, orang ramai berkongsi rezeki dengan kami petugas dan melihat mereka gembira juga sudah menggembirakan hati kami yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga,” ujarnya.

Menurut seorang petugas yang berasal dari Perak, Mohamad  Asrol Aiman, 26, bertugas di Masjid Putra semasa Aidilfitri mempunyai kelainannya yang tersendiri di mana, pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa akan hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Raya di sana. 

“Kelainan bertugas sambil beraya di Masjid Putra ini, dia tidak sama macam tempat lain, di sini juga meriah dengan kehadiran pelancong daripada luar negara dan warga asing yang tidak pulang beraya ke negara masing-masing dan ramai juga penduduk tempatan yang tidak balik raya. 

“Setiap tahun, jemaah bagi solat sunat Aidilfitri majoritinya terdiri daripada orang-orang di sini dan warga asing sehingga mencecah lebih kurang 40,000 jemaah dan pada satu hari raya itu masjid akan sentiasa penuh, pengunjung hadir tanpa henti selagi masjid tak tutup tetapi pelancong tidak dibenarkan masuk pada Hari Raya pertama.

“Tahun ini tahun ketiga tidak balik raya. Setakat ini, tiada perasaan apa sebab dah biasa raya dalam bertugas, lagipun keluarga semua ada di sini jadi tiada isu tentang balik kampung atau apa-apa. Keluarga saya pun tinggal di kawasan Putrajaya ini juga,” katanya.

Asrol berkata, walau bagaimanapun setiap kali tibanya, rindu kepada kampung halaman dan arwah bapa itu sudah pasti.

“Tapi sudah pasti akan paling rindu pada arwah bapa yang lain tiada apa-apa pun sebab beza raya dulu dengan sekarang. Raya sekarang tidak sama macam dahulu, kalau dahulu dalam seminggu pertama raya itu, ada bermacam aktiviti yang akan dibuat termasuk ziarah rumah saudara mara sekarang semua saudara mara sudah bekerja dan ada hal masing-masing jadi hanya hari pertama raya sahaja yang bermakna.

“Cabaran bertugas waktu raya pula satu hari tu tidak dapat jumpa nasi, makanan raya dan petugas-petugas di sini akan menjadi lebih sibuk daripada hari biasa termasuk tugas-tugas mengawal jemaah sehingga menguruskan orang kenamaaan yang datang,” tambahnya.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar