Keadaan daif, PM mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi keutamaan

KUALA LUMPUR – Dilihat sangat daif, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Kamarulzaman Mat Salleh.

“Pasar Dato Keramat ini saya tengok masalahnya dahulu DBKL bagi kepada syarikat swasta, (tetapi) gagal. Jadi, DBKL baru ambil balik dan saya fikir kita perlu beri perhatian kerana keadaannya sangat daif.

“Insya-Allah saya telah beritahu Datuk Seri Johari dan Datuk Bandar pun ada di sini. Kita beri perhatian serta keutamaan sebab saya rasa tak boleh bertahan secara begitu, sangat daif,” kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pasar Dato Keramat dan medan selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, medan selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz pula kini dalam proses naik taraf dan dijangka siap sebelum Oktober ini.

Sementara itu, Johari berkata, isu melibatkan pemaju terdahulu yang sepatutnya membangunkan Pasar Dato Keramat telah selesai kerana pihak berkenaan sudah menyerahkan semula tanah itu kepada DBKL dan menerima pulangan deposit.

“DBKL dahulu telah jualkan tanah kepada pemaju yang berjanji hendak membangunkan Pasar Dato Keramat, namun selepas enam tahun ia masih belum dibuat.

“Bila tak buat, DBKL nak buat pun tak boleh, nak baiki pun tak boleh, sebab dia (pemaju) dah bayar 10 peratus tak silap saya. Jadi, lepas saya jadi wakil rakyat, saya desak DBKL tarik balik (penjualan tanah),” katanya.

Beliau berkata, kini terpulang kepada DBKL untuk mengambil langkah seterusnya bagi menjalankan usaha untuk menaik taraf pasar berkenaan.

Turut hadir pada program hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Related Posts

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melunaskan hutang pinjaman pengajian berjumlah RM12,629.82 milik Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan dua bas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak yang sedang meningkat remaja berhubung penggunaan selamat telefon pintar bagi mengelakkan berlakunya jenayah digital. Fahmi berkata, isu jenayah digital…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif