JKM mohon bantu kesan waris kanak-kanak ditinggal di medan selera

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah mencari waris kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan berhampiran tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan di sini, dua tahun lalu.

Menurut makluman Pegawai JKM, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi itu pada tarikh dia ditemukan pada 9 Julai 2022, jam 12.40 tengah hari di lokasi tersebut dan kini dia ditempatkan sementara di bawah jagaan pasangan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 32 tahun dari Taman Bertam.

“Usaha mengesan waris telah dilakukan dengan membuat siaran akhbar pada 21 Julai 2022 setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah Majistret Ayer Keroh di bawah Subseksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Tambahnya lagi, waris atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333.

Media sebelum ini melaporkan JKM Daerah Melaka Tengah sedang giat mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di sini.

Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya sejurus dilahirkan di dalam tandas berkenaan, sebelum ditemukan orang awam.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan