Minat vespa, buka bengkel jana pendapatan

BEAUFORT – Minat yang mendalam terhadap skuter klasik jenis Vespa sejak zaman remaja mendorong kepada pembukaan sebuah bengkel untuk menjana pendapatan bagi Syafendi Juslin.

Syafendi, 37, berkata impiannya itu berjaya direalisasikan apabila sebuah bengkel kecil diberi nama ‘Fateh Garage’ untuk skuter ikonik Itali itu berjaya dibangunkan di Kampung Limbawang di sini sejak tiga tahun yang lalu.

Beliau berkata, pengoperasian Fateh Garage yang bermula semasa Pandemik COVID-19 pada 2021 itu menelan perbelanjaan awal sebanyak RM1,000 untuk kos peralatan bengkel.

“Fateh Garage menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian Vespa bagi peminat-peminat tempatan.

“Vespa bukan sekadar skuter, ia adalah simbol gaya hidup klasik yang saya mahu kongsikan dengan orang lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Syafendi berkata, Fateh Garage berjaya menarik ramai pelanggan termasuk pemilik Vespa dari seluruh Sabah dan Sarawak selain negara Brunei yang datang untuk mendapatkan sentuhannya.

Katanya, bengkelnya itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembaikan teknikal tetapi turut menawarkan aksesori asli Vespa dan perkhidmatan restorasi untuk model-model lama.

“Ramai pemilik Vespa mencari tempat yang boleh dipercayai untuk menjaga kenderaan mereka dan itulah yang saya ingin sediakan tempat yang memahami jiwa Vespa.

“Anggaran restorasi motor yang mahal setakat ini adalah RM12,000 ke atas bergantung dengan aksesori dan ‘spare part’ enjin,” tambahnya.

Menurut Syafendi, walaupun pendapatan yang diperoleh hanya mencecah sehingga RM25,000 setahun, beliau mahu Fateh Garage menjadi sebuah perniagaan yang memfokuskan kepada penjagaan dan pemuliharaan skuter klasik tersebut.

“Saya berharap agar bengkel ini akan menjadi hab komuniti Vespa, di mana pemilik boleh berkumpul, berkongsi pengalaman dan menyemarakkan lagi kecintaan terhadap skuter klasik ini,” ujarnya.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang