Kastam Lawas rampas rokok, arak bernilai RM452,000

LAWAS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lawas berjaya merampas 555,000 batang rokok dan lebih 1,552 liter minuman keras pelbagai jenama yang tidak berkastam dalam satu operasi di tebingan Sungai Kampung Surabaya, Jalan Merapok, pada 30 Oktober 2025.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Norizan Yahya berkata rampasan itu hasil risikan Pusat Perisikan Zon Sarawak sebelum sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat dan Marin, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Lawas digerakkan ke lokasi yang dikenal pasti.

Menurutnya, operasi berkenaan menemui sejumlah besar rokok dan minuman keras yang disyaki sebagai barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Nilai keseluruhan barang sitaan dianggarkan sebanyak RM53,672, manakala jumlah duti import dan cukai yang terlibat mencecah RM398,561.14, menjadikan nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM452,233.14,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Tambah beliau, barangan tersebut dipercayai dipunggah melalui rangkaian anak sungai kecil sebagai modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa. Kes kini masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Norizan menegaskan kegiatan penyeludupan bukan sahaja menyebabkan kerugian hasil negara, malah mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau menambah, JKDM akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain barang larangan di seluruh negeri.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei