Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

MIRI – Tindakan sebuah kapal nelayan tempatan gagal mematuhi peraturan komunikasi membawa kepada penahanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam operasi di perairan Lutong, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal berkenaan dikesan dan diperiksa kira-kira jam 3.15 petang pada kedudukan sekitar 3.5 batu nautika barat Lutong ketika operasi rondaan rutin dijalankan oleh aset Maritim Malaysia.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dokumen peruntukan radas komunikasi kapal terbabit telah tamat tempoh, sekali gus melanggar peraturan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai lima kru berada di atas kapal, terdiri daripada seorang warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia antara 17 hingga 70 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Susulan kesalahan itu, Maritim Malaysia telah mengeluarkan perintah tahanan ke atas kapal berkenaan sebelum ia bersama semua kru diiring ke Pusat Tahanan Kapal untuk tindakan dan siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat.

“Maritim Malaysia akan terus memperkukuh kawalan dan rondaan di perairan negara bagi memastikan setiap kapal mematuhi peraturan yang ditetapkan serta menjamin keselamatan perairan sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kesalahan atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Zon Miri di 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 / 082-432016.

Related Posts

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

SANDAKAN – Seramai 132 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

KOTA ISKANDAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kesesakan serius di Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

PMX lawat Pulau Banggi esok

  • By Ynom
  • May 8, 2026
PMX lawat Pulau Banggi esok

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah