
KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja ke Pulau Banggi, Kudat selama sehari.
Perdana Menteri yang tiba di Sabah pada Jumaat dijangka menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat setempat di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi, pada Sabtu.
Sebelum itu, beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Pos Dogoton sebelum meneruskan perjalanan ke SMK Banggi, Karakit bagi meninjau tapak batu asas sekolah berkenaan.
Untuk rekod, kali terakhir Anwar mengunjungi Pulau Banggi adalah kira-kira 32 tahun lalu, iaitu pada 1994 sempena acara pecah tanah SMK Banggi, Karakit ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Beliau dijangka berlepas ke Kota Kinabalu pada tengah harinya sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada sebelah petang dengan menaiki pesawat khas.





