Kami nak wakil rakyat prihatin, ada bantuan ‘one-off’ – Peniaga pasar malam

HASIL tinjauan The Malaysia Press (TMP) di pasar malam Tapah Road pada Jumaat mendapati rata-rata peniaga melahirkan hasrat agar kerajaan dapat menyalurkan lebih banyak bantuan bersifat langsung dan berterusan bagi meringankan beban mereka.

Antara isu utama yang diketengahkan termasuk keusangan peralatan seperti khemah dan meja, peningkatan kos sewa tapak serta kekurangan fasiliti asas seperti pencahayaan dan sistem pembuangan sampah yang efisien.

Peniaga ayam goreng Adnan Hamzah berkata, dia meletakkan harapan kepada calon yang menang bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning pada 26 April ini agar tidak meminggirkan para peniaga pasar malam.

Jelasnya, peniaga pasar malam perlu dibantu dengan insentif yang boleh meringankan beban mereka.

“Kalau boleh saya nak cadangkan kepada yang jadi wakil rakyat nanti untuk memperkenalkan bantuan one-off seperti penggantian khemah dan meja berniaga setiap dua tahun, ia amat dialu-alukan.

“Kami ini bukan senang mana pun, kerja kami meniaga setiap hari, nak ‘maintain’ jualan lagi, tentunya ada peralatan akan ada yang rosak, khemah bocor, reput.

“Tak semua peniaga mampu tanggung kos penggantian itu, jadi jika ada bantuan one-off secara berkala, tak banyak pun, kalau dapat RM500 setiap dua tahun pun kami dah bersyukur sangat,” katanya.

Manakala peniaga ayam gunting, Md Syahir Ishak berkata, selain bantuan atau insentif untuk peniaga pasar malam, suasana pasar malam yang selesa dan selamat untuk orang ramai kunjungi juga penting.

“Setakat ini tak ada masalah besar pun saya berniaga di sini, tapi kalau boleh tambah pencahayaan supaya suasana jadi lebih terang dan kita pun rasa selesa dan selamat.

“Kami peniaga pasar malam ni tak banyak songeh, cukuplah jika wakil rakyat yang menang nanti prihatin kepada kami, ada bantuan sedikit, itu pun memadai, menggembirakan kami.

“Takkan jadi wakil rakyat dalam satu penggal, masa nak dapat undi baru turun merayu dengan kami, itu yang kami tak nak, jangan lupakan peniaga pasar malam, masa kempen baru ingat kami,” katanya.

Tapah Road merupakan kawasan yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS daripada Persatuan Sosialis Malaysia (PSM).

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri