Pelbagai strategi dirangka BN tarik sokongan pengundi muda, luar kawasan

TAPAH – Calon Barisan Nasinal (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir sedang merangka strategi bagi memastikan undi golongan muda dan luar kawasan berpihak kepada kerajaan  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau berkata, jentera parti yang terdiri daripada parti-parti komponen Kerajaan MADANI akan menggerakkan seluruh kekuatan untuk memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal menjadi milik BN.

“Kita akan bergerak bersama-sama jentera, komuniti pemuda yang terdiri daripada pelbagai parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menarik minat golongan belia untuk bersama turun mengundi.

“Pada masa sama, kita akan bersama-sama (merangka strategi) agar pembangunan (di DUN Ayer Kuning) itu seimbang, tanpa meminggirkan kebajikan terhadap anak muda,” katanya pada sidang media khas di pusat operasi BN, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Yusri berkata, pengundi muda dan pemilih kali pertama, terutama yang tinggal di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, digesa pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi itu, pada 26 April ini.

Menurutnya, sebagai pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik selepas mencapai usia 18 tahun, golongan berkenaan perlu memahami peranan penting mereka dalam menentukan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya berharap banyak perkara sebenarnya boleh kita buat namun keutamaan kita adalah untuk memastikan mereka yang berada di luar untuk pulang, laksana tanggungjawab mereka.

“Sumbangan mereka amat bermakna kepada BN untuk memastikan keseimbangan pembangunan boleh dibuat kepada masyarakat setempat di kawasan DUN Ayer Kuning,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Yusri berkata, pendidikan menjadi antara visi utama beliau dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Tapah menegaskan, pendidikan memainkan peranan penting dalam mengubah corak pemikiran serta membuka ruang kepada kemajuan sosial dan ekonomi.

“Aspek keperluan kehidupan akan menjadi titik utama dalam kita bangunkan sesebuah masyarakat. Pastinya, pendidikan akan menjadi keutamaan daripada diri saya selain keperluan pembangunan serta prasarana yang dikehendaki masyarakat ketika ini.

“Kita kena memberi ruang yang lebih baik, lebih banyak kepada pelajar, khususnya dalam dimensi terkini iaitu berkaitan dengan kemahiran, misalnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan diperluaskan kepada generasi muda di Ayer Kuning,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah sebanyak 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim