Tarif timbal balas AS beri impak positif pelaksanaan FTA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan cabaran global khususnya pelaksanaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) memberi asakan yang membawa kepada perkembangan positif untuk ASEAN dalam aspek perjanjian perdagangan bebas (FTA).

Perdana Menteri menjelaskan, ‘gugatan’ dari luar itu membawa kepada keperluan mempercepatkan proses FTA antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata, sebelum ini ASEAN yang berusaha mengejar EU dalam perkara itu, namun keadaan berubah selepas AS mengumumkan kenaikan tarif kepada kebanyakan negara.

“Jadi ada baiknya bila ada gugatan, asakan dari luar… baharu kita sedar, (sebelum ini) ASEAN merayu supaya FTA dengan EU tetapi EU menyulitkan.

“Apabila berlaku (kenaikan) tarif ini, sekarang EU minta kita percepatkan proses itu… jadi kita harus laju dalam keadaan macam ini,” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri lima, malam tadi.

Forum bertajuk ‘Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dalam Menyemarakkan Transformasi Korporat: Keseimbangan Antara Keuntungan dan Tanggungjawab Sosial ke Arah Negara Kreatif’ dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Perbincangan awal FTA antara ASEAN dan EU bermula pada 2007 sebelum disambung semula pada 2017.

Pada Januari lalu, Duta EU ke ASEAN, Sujiro Seam dilaporkan berkata, FTA antara EU dan ASEAN bukan satu keutamaan untuk dibincangkan dan masih dianggap sebagai matlamat jangka panjang.

Presiden AS, Donald Trump pada 2 April lalu mengumumkan negara itu akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti lebih tinggi membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

AS bagaimanapun memberi penangguhan selama 90 hari tarif ke atas 75 negara, termasuk Malaysia.

Pada masa sama, Anwar berkata, ASEAN kini tidak lagi hanya tertumpu kepada konsep tradisional keamanan dan kesentralan ASEAN, sebaliknya perbincangan dalam kalangan negara anggota turut menyentuh aspek kelebihan daya saing pelaburan perdagangan dalam ASEAN sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kebergantungan berlebihan terhadap pasaran tradisi tidak lagi sihat dan perlu diperluaskan.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM