Pengundi luar, anak muda dirayu pulang mengundi

TAPAH – Pengundi muda dan pemilih kali pertama, terutama yang tinggal di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, digesa pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi itu, pada 26 April ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peratusan keluar mengundi penting dalam menentukan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir.

Menurutnya, pengundi yang kali pertama mengundi serta pemilih menetap di luar DUN Ayer Kuning perlu memahami tanggungjawab mereka kepada negara serta sebagai warganegara.

“Saya juga berharap golongan muda menjalankan tanggungjawab masing-masing, jika mahu melihat kesinambungan perkhidmatan ditawarkan BN serta kerajaan yang stabil.

“Kita tidak boleh biarkan peratusan keluar mengundi kurang 50 peratus. Jika boleh, angka berkenaan melebihi 70 peratus,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir, Temoh, di sini hari ini.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr Mohamad Yusri Bakir dari BN; Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional, dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan, demografik pengundi muda di DUN Ayer Kuning menyumbang kepada 40 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, peratusan keluar mengundi tinggi bakal mencerminkan sokongan rakyat terhadap kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, selain menggalakkan golongan muda turut serta dalam membentuk masa depan negara.

“Jika golongan muda kita benar-benar mahu melihat kesinambungan dan kerajaan stabil, mereka perlu menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

“Peratusan keluar mengundi ini juga akan mencerminkan kemenangan mana-mana pihak, insya-Allah, Ustaz Yusri mendapat sokongan majoriti daripada rakyat setempat. Pengundi berada di luar DUN Ayer Puning dinasihatkan supaya pulang dan menunaikan tanggungjawab anda,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas