PKR Kuantan lapor polis hantaran IG elemen 3R

KUANTAN – Tiga laporan polis dibuat wakil PKR Cabang Kuantan terhadap satu akaun Instagram (IG) mengandungi hantaran berunsur 3R.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, dekat sini, malam tadi.

Berdasarkan laporan polis yang dikongsi dengan media, pengadu mendakwa melihat hantaran IG pengguna akaun dengan nama ‘nxzmi.osmxn_’ yang secara jelas mengandungi unsur-unsur 3R.

“Ketika saya berada di pejabat KEADILAN Cabang Pahang yang beralamat di No. A-5, Tingkat 1, Kuantan Avenue, Jalan Beserah, 25150 Kuantan, Pahang saya dan rakan-rakan lain melayari aplikasi media sosial Instagram dan terlihat satu hantaran dimuat naik oleh pengguna akaun dengan nama ‘nxzmi.osmxn_’.

“Hantaran tersebut memaparkan satu gambar profil Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berserta maklumat latar belakang beliau dan turut disertakan dengan satu kenyataan berunsur hinaan, fitnah dan tuduhan jahat terhadap beliau, Perdana Menteri serta institusi DiRaja,” kata laporan itu.

Laporan polis berkenaan juga menyebut antara kandungan ditulis dalam hantaran IG itu adalah ‘Selamat menjalankan tugas Tuan sebagai pencacai politik. Jauh perjalanan tuan dalam jabatan polis dari umno ke pkr baru dpt jadi ketua polis’.

“Hantaran itu secara terang-terangan menuduh Ketua Polis Negara sebagai lantikan politik hasil menjadi ahli pimpinan tertinggi PKR.

“Mengaibkan Perdana Menteri dan menghina institusi diraja dan perdana menteri dengan menggunakan kata-kata kesat dan disertai emoji ketawa yang berunsur ejekan,” katanya.

Laporan itu dibuat kerana hantaran IG individu terbabit boleh mencetuskan persepsi buruk, penghinaan awam dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, satu siasatan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap individu berkenaan bagi memastikan maruah dan integriti pasukan polis, institusi Diraja dan Perdana Menteri dilindungi.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran