Kadet ALK-UPNM akan diperiksa fizikal secara berkala kesan kecederaan, cegah buli – Khaled

KUALA LUMPUR – Kadet di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) akan menjalani pemeriksaan fizikal secara berkala bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan.

Kementerian Pertahanan (Mindef) kini lebih serius menambah baik mekanisme pencegahan bagi mengelak insiden buli di ALK-UPNM berulang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis telah kongsikan beberapa tindakan penambahbaikan serta mekanisme pencegahan yang diambil bagi mengelakkan kejadian yang berlaku di ALK-UPNM berulang.

“Antara tambah baik lain ialah sebanyak tujuh kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa aras blok penginapan telah dipasang bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan dan merancang untuk menambah jumlah ini mengikut keperluan dan kesesuaian.

“Pengasingan Pegawai Kadet Tahun 1 di Bukit Putera dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya.

“Selain itu, sesi pertemuan di antara pegawai kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM secara eksklusif diadakan bagi mengatasi isu keengganan pegawai kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Khaled memaklumkan Mindef juga bertindak menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang ditugaskan di ALK-UPNM.

“Juga menetapkan seorang jurulatih bertugas bagi setiap kompeni bagi membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari, jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan pegawai kadet selepas jam 11:59 malam setiap hari.

“Larangan terhadap aktiviti penderaan mengikut perintah tetap pegawai kadet dan tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap pegawai kadet yang didapati bersalah,” tegas beliau lagi.

Menurut Khaled, Mindef tidak akan berkompromi dalam soal buli ini lagi.

“Sekiranya terdapat aduan, kementerian serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa yang sama menjalankan siasatan dalaman di peringkat ALK-UPNM,” ujarnya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim