ADUN Tebedu gesa tingkatkan keselamatan di sempadan Sarawak, Indonesia

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada menggesa keselamatan di sempadan Sarawak-Indonesia dipertingkatkan.

Ini termasuk menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

Menurut Dr Simon, tiada perubahan yang ketara ICQS biarpun RM100 juta peruntukan diberikan pada 2022.

“Meskipun RM100 juta sudah diberikan untuk menaik taraf ICQS pada 2022, tetapi tiada perubahan signifikan dapat dilihat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2025), 2024 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis.

Sementara itu, Dr Simon berharap kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janji peruntukan tambahan sebanyak RM100 bilion seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari 2023.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri