Pembenci PMX: ‘Spin’ selagi mampu!

ACUAN tindakan pembangkang dalam memastikan kelangsungan hidup kian terserlah kini – ‘spin’ gerak kerja musuhnya.

Mereka, khususnya Pas kelihatan tidak bermaya tanpa berbuat sedemikian.

Dengan menjadikan Perdana Menteri (PM) sebagai subjek modal pemutaran fakta, mereka seolah-olah ‘memfatwakan’ hukum halal dalam apa-apa sahaja pembantaian ke atas musuh mereka itu.

Seolah-olahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) itu bukan saudara seagama mereka layaknya – dicap dengan pelbagai gelaran, hinaan, dan cercaan.

Bagi mereka PM kesepuluh (PMX) ini boleh diperlakukan apa-apa sahaja demi memberi keuntungan politik pembangkang.

Katalah apa-apa sahaja kepada PMX, tidak perlu fikir perasaan ahli keluarganya kerana dengan berbuat begitu pembangkang seolah-olah mendapat pahala.

Demikianlah acuan politik pembangkang sekarang – muflis adab, muflis idea yang berakal budi, muflis kesantunan, muflis segala-galanya.

Oleh sebab itu, mereka sentiasa memerhatikan pergerakan PMX.

Kalau dalam sesuatu program PMX atau program Kerajaan Perpaduan ada 100 kebaikan dan hanya kelemahan, disembunyikan mereka 100 perkara itu, sebaliknya hebohkan dan tularkan perkara yang satu itu.

Maka digerakkan mereka perkara yang satu itu dengan pemutaran fakta biar akhirnya nampak bahawa PMX dan Kerajaan Perpaduan sememangnya tidak berguna.

Bagi mereka, itulah ‘perjuangan Islam’ dan ‘kunci ke Syurga’.

Bagi mereka, itulah jihad dan tidak perlu fikir akan dosa memfitnah.

Dalam isu terbaharu, mereka memetik satu frasa kenyataan PMX dalam satu temu bual media antarabangsa berkaitan konflik di Palestin.

Dituduh mereka kononnya PMX menyokong Israel – mempertahankan hak Israel – pada hal jika dilihat secara keseluruhan perbualan itu hakikatnya berbeza 180 darjah.

Setelah perkara itu ‘disolek’ semahu-mahunya, dengan satu ‘kelengkapan perang’ yang besar di media sosial, mereka menularkan isu tersebut.

Sambutannya sangat hebat. Ribuan penyokong mereka mengecam PMX tanpa usul periksa; tanpa memikirkan dosa.

Hebat tarbiah Pembangkang, khususnya Pas dalam menimbulkan kebencian begitu.

Hal itu menjadi sangat mudah kerana ramai pengikut mereka jenis tidak gemar menggunakan akal budi.

Itulah sebabnya Pas tidak mahu penyokongnya cerdik.

Mereka sebaliknya mahu penyokong mereka kekal dungu tetapi gigih ‘berjihad’ menuju ‘jalan ke Syurga’.

Maka, setiap hari mereka memutarkan isu, meningkatkan sebaran kebencian, dan berpolitik dengan cara yang menjijikkan.

Itulah pembangkang sekarang – hilang nilai murni; muflis akal budi; miskin adab dan akhlak.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebarang usaha menormalisasi budaya songsang harus ditegah, ditolak serta merta

PUTRAJAYA – Sebarang usaha untuk  menormalisasi gaya hidup bertentangan dengan ajaran Islam tidak wajar disokong termasuk penganjuran program ‘Glamping With Pride’. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam