Kadar OPR diramal kekal hingga akhir 2025

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.

Perkara itu diunjurkan walaupun Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah seperti dijangkakan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjelaskan berdasarkan inflasi yang reda dan kenaikan kadar pengangguran, Fed mungkin mula mengurangkan kadar faedah seawal September 2024.

Bank pelaburan itu menambah, pihaknya mengunjurkan pengurangan 50 mata asas bagi Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024 dan penurunan 100 mata asas pada 2025.

“Berasaskan jurang besar 250 mata asas antara OPR semasa pada tiga peratus dengan FFR pada 5.25 hingga 5.50 peratus, pasukan kami mengunjurkan tiada pengurangan bagi kadar domestik.

“Justeru, OPR diunjurkan kekal pada tiga peratus bagi 2024 dan 2025, terutama memandangkan risiko inflasi domestik kekal tinggi,” menurut bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Maybank IB memaklumkan jangkaan kadar faedah di Malaysia itu mengekalkan petanda baik untuk margin dan pendapatan bukan faedah kalangan bank.

“Susulan ketiadaan pengurangan kadar yang boleh memburukkan lagi pemampatan margin faedah bersih (NIM), kami menjangkakan purata NIM stabil dengan potensi kecenderungan meningkat pada 2025.

“Perkara yang menggalakkan juga ialah imbangan akaun semasa atau akaun simpanan (CASA) perbankan terus mencatatkan pertumbuhan, dan ini akan membantu mengurangkan tekanan margin,” jelasnya.

Related Posts

RAFFTECH bangunkan platform perolehan maklumat perniagaan berteknologi tinggi, bayar guna e-dompet

KUALA LUMPUR – Raffcomm Technologies Sdn Bhd (RAFFTECH) memperkenalkan program ganjaran SSM e-Info dan Aplikasi Mudah Alih 3.0, yang menjadi platform perolehan maklumat perniagaan digital berteknologi terkini. RAFFTECH yang merupakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan, Sarawak capai persetujuan, Petronas kekal peranan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menandatangani satu deklarasi bersama bersejarah yang membuka lembaran baharu kerjasama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta