Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara

TENTERA yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu terhadap kumpulan penentang berikutan gempa bumi dahsyat meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu.

Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan penentang yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, tentera Myanmar berkata, gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan memudahkan usaha bantuan selepas bencana.

Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan penentang.

Junta yang merampas kuasa pada 2021 turut memberi amaran kepada kumpulan itu agar tidak melakukan sebarang gangguan.

Pengisytiharan gencatan senjata itu dibuat menjelang lawatan ketua junta, Min Aung Hlaing ke Bangkok bagi menghadiri sidang kemuncak serantau.

Related Posts

Jumlah negara sekat kanak-kanak akses media sosial meningkat

SEMAKIN banyak negara melaksanakan sekatan akses media sosial ke atas kanak-kanak dengan alasan kesan negatif penggunaan platform itu terhadap golongan berkenaan. Tindakan ini sekali gus mengikuti langkah Australia melarang pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump ugut naik tarif negara tidak sokong AS ambil alih Greenland

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan mengenakan tarif perdagangan terhadap negara yang enggan menyokong rancangannya mengambil alih Greenland. “Saya mungkin akan mengenakan tarif terhadap mana-mana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim