Jualan Rahmah diperhebat, harga kelengkapan sekolah dipantau

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mempergiat Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) serta Ops Kesan 5.0 (Back to School) bagi membantu meringankan beban kos persekolahan.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, pemantauan pelaksanaan program itu dilakukan secara berterusan termasuk menerusi sesi tinjauan mesra di pasar raya.

Menurut beliau, program berkenaan menawarkan diskaun istimewa antara 10 hingga 30 peratus bagi lebih 56 jenis barangan persekolahan seperti pakaian seragam, alat tulis dan kelengkapan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan ibu bapa dan pelajar dapat memperoleh keperluan sekolah pada harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

“Program jualan bertema ini sedang berlangsung di seluruh Sarawak bermula 1 Disember lalu hingga 11 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Matthew memberitahu setakat ini sebanyak 87 jualan dilaksanakan, dengan lima daripada tujuh jualan di peringkat bahagian berjaya direalisasikan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Ops Kesan 5.0 yang dilaksanakan bermula 5 hingga 11 Januari 2026, beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memantau sebarang kenaikan harga barangan persekolahan yang tidak munasabah.

“Setakat 5 Januari, sebanyak empat Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan membabitkan 17 jenis barangan dan kesemua kes kini sedang dalam siasatan,” tegasnya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atau berdepan tindakan undang-undang.

Jelasnya, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, manakala bagi syarikat, denda sehingga RM500,000 atau RM1 juta boleh dikenakan bagi kesalahan berulang.

Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan menerusi WhatsApp 019-848 8000, portal e-aduan@kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Related Posts

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

PULAI – Pakatan Harapan (PH) Johor memberi amaran jelas kepada Barisan Nasional (BN) bahawa peluang untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini berada di penghujungnya, susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

LUMUT – Cubaan sebuah vesel nelayan asing Indonesia menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dalam operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

Empat nelayan Indonesia ditahan, rampasan lebih RM2 juta

Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan

Syarat kelayakan SRAS dilonggarkan, penerima nikmati bantuan sewa 48 bulan