Jualan Rahmah bergerak terima sambutan luar biasa

NIBONG TEBAL – Lebih 1,000 ekor ayam berharga RM11 sekilogram habis dijual pada program Jualan Rahmah Bergerak di pasar malam Taman Pekatra Indah, di sini, semalam.

Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti beras, telur, minyak masak, dan biskut yang dijual 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa.

Kru Jualan Rahmah, Yusof Ghazali, 58, berkata, selain suri rumah, golongan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan kerana tiada had pembelian ditetapkan.

Yusof

“Jualan kita buka sejak 4.30 petang, sebelum itu dah ada yang menunggu kami. Sambutan memang luar biasa dan menggalakan kerana ramai yang akan ambil peluang kerana harganya sangat jauh berbeza berbanding di pasaran.

“Selain ayam, kebanyakan orang ramai akan membeli barangan untuk keperluan harian seperti telur, beras, bawang dan juga minyak masak,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di sini, hari ini.

Bagi Abu Zaki Abu Bakar, 35 yang juga kru Jualan Rahmah, penganjuran program itu memberi kesan positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Abu Zaki

Menurut beliau, insiatif yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dilihat dapat menjimatkan kira-kira 30 peratus perbelanjaan dengan membeli-belah di Jualan Rahmah.

“Setakat ini, tak semua tempat kita berjaya habiskan jualan tapi apa yang boleh saya jamin, sambutan orang ramai terhadap program ini amat menggalakan. Jualan Rahmah sememangnya membantu golongan memerlukan.

“Diharapkan orang ramai yang belum berkesempatan datang singgah ke jualan rahmah bergerak. Jika tak tahu macamana pergerakan kami, boleh layari media sosial
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP),” katanya.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000