Jual LPG dan petrol tanpa permit, dua premis diserbu

GERIK – Tindakan premis di perkampungan Orang Asli menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, pada Rabu.

Operasi kira-kira jam 5.30 petang itu digerakkan sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik susulan aduan awam serta risikan yang mengesan aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua premis terlibat dalam penjualan gas petroleum cecair (LPG) dan petrol tanpa kebenaran sah daripada Pengawal Bekalan.

Menurutnya, dua individu iaitu lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 38 tahun yang dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen ketika diminta pihak berkuasa.

“Dalam operasi itu, sebanyak 94 tong LPG dan 270 liter petrol disita dengan nilai rampasan dianggarkan RM10,966 untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi