JPP umum senarai calon tanding pemilihan PKR hari ini

KUANTAN – Senarai akhir calon layak bertanding dalam pemilihan PKR 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) selesai meneliti proses bantahan dan rayuan.

“Pencalonan dibuka pada 14 hingga 16 Mac, diikuti proses bantahan dan rayuan dikendalikan JPP.

“Selepas meneliti setiap bantahan dan rayuan, keputusan akhir akan diumumkan hari ini bagi menentukan siapa layak bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas tinjauan mesra program jualan Rahmah MADANI mega Aidilfitri di hadapan pasar nelayan Pantai Sepat, dekat sini, hari ini.

Fuziah memaklumkan, pertandingan di peringkat cabang akan berlangsung dari 11 hingga 20 April, mengikut jadual negeri masing-masing dan Pahang dijadualkan pada 19 April.

Ujarnya, bagi pemilihan peringkat pusat, pencalonan dibuka pada 3 dan 4 Mei, manakala pengundian akan diadakan pada 24 Mei, serentak dengan Kongres PKR.

Fuziah menambah, PKR mengekalkan sistem e-voting berasaskan teknologi blockchain.

“Bagi pengundi berumur 60 tahun ke atas atau di kawasan pedalaman untuk mengundi secara fizikal di pusat mengundi khas.

“Seramai lebih 312,000 ahli PKR layak mengundi dalam pemilihan kali ini, manakala sekitar 6,000 hingga 7,000 orang dijangka menggunakan kaedah fizikal,” katanya.

Related Posts

Pengundi muda harap Naim, MIHA bawa pembangunan sukan, pendidikan di Kinabatangan

KINABATANGAN – Golongan pengundi muda meletakkan harapan tinggi agar calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar, dapat memperjuangkan pembangunan kemudahan sukan dan pendidikan sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan wujud kompleks sukan, perkasa belia dan komuniti – MIHA

KINABATANGAN – Keperluan mewujudkan sebuah kompleks sukan mini di kawasan Lamag dikenal pasti sebagai keutamaan bagi memperkasa pembangunan belia dan komuniti setempat. Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar