Johari khilaf kekal kerusi 6 bekas MP Bersatu – Bersih

KUALA LUMPUR – Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan kerusi disandang enam bekas Ahli Parlimen Bersatu disifatkan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai khilaf dalam memahami mekanisme, prinsip dan hasrat akta antilompat parti.

“Ia membuka pintu ketidakstabilan politik dan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta terbabit yang matlamat asalnya demi menjamin kestabilan politik negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Bersih.

Enam Ahli Dewan Rakyat itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Keputusan ini juga dilihat membuka kelompangan undang-undang dan dikhuatiri menghapuskan keyakinan rakyat terhadap keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang yang menjadi prinsip Rukun Negara, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Bersih turut beranggapan Johari mensia-siakan peluang untuk menguatkuasa dan memperkasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, yang buat kali pertama diuji dalam sejarah politik negara.

“Justeru, Bersih berpandangan Yang Dipertua Dewan Rakyat mensia-siakan peluang untuk menguatkuasakan serta memperkasakan akta yang didukung dua pertiga anggota Dewan Rakyat apabila ia kali pertama diuji dalam sejarah politik negara.

“Keputusan ini juga akan terus menajamkan perbezaan di antara kerajaan dan pembangkang, menyukarkan kerjasama profesional untuk melakukan reformasi, serta membebaskan Parlimen dari keterikatan dengan badan eksekutif.

“Ia sekali gus memperkukuh persepsi bahawa kerajaan hanya berminat untuk mengekalkan kekuasaan berbanding melaksanakan perkara yang betul,” katanya.

Bersih menjelaskan, Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan menggariskan tiga sebab terhentinya seseorang Ahli Dewan Rakyat, iaitu apabila menukar parti, melepaskan keanggotaan parti dan tidak lagi menjadi anggota sesebuah parti.

Bersatu telah meminda perlembagaan parti yang menetapkan bahawa mana-mana ahlinya yang menjadi wakil di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mematuhi arahan MPT akan terhenti keahlian secara serta-merta. Pindaan perlembagaan ini adalah sama yang pernah dibuat oleh DAP, Amanah DAN UMNO.

Bersih juga menganggap slaid infografik Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) jelas menerangkan mekanisme Akta Anti Lompat Parti dan implikasi.

“Dalam satu slaid, ia memberi contoh situasi di mana sekiranya ada tindakan tidak mengikut keputusan parti berdasarkan perlembagaan (parti), maka ahli dianggap sudah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusi mereka,” katanya.

Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mengesahkan Johari memutuskan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal sebagai wakil rakyat.

Keputusan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Speaker Dewan Rakyat menerusi surat bertarikh 9 Julai lalu dan menganggap alasan diberikan sebagai dangkal dan satu tafsiran songsang, malah mendakwa Speaker mencemar Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak muda muak retorik politik kebencian, perkauman

PUTRAJAYA – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning memberi isyarat bahawa politik berbentuk populisme agresif yang sering kali menjadikan kaum dan agama sebagai alat kempen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026