Polis klasifikasi kematian dua wanita sebagai mati mengejut

SEBERANG PERAI – Kematian dua wanita yang mayat mereka ditemui dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam diklasifikasikan oleh polis sebagai mati mengejut (SDR).

Proses bedah siasat terhadap mayat dua wanita terbabit yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) sudah pun selesai pada Khamis dan ia disahkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai SDR (mati mengejut),” katanya.

Jenazah kedua-dua wanita berusia 25 dan 35 tahun yang dipercayai ke Pulau Pinang untuk bercuti telah pun dituntut oleh keluarga dan dibawa pulang ke kediaman masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Sumber: Kosmo Online

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan