Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau

KOTA KINABALU – Gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat dan pantai timur negeri ini, antaranya Kota Kinabalu dan Tawau dipercayai susulan kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Mindanao, Filipina, pada pukul 10.13 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran itu pada pukul 10.45 pagi tadi sebelum tiga pasukan digerakkan untuk melakukan pemantauan.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan melibatkan kerosakan atau kemalangan jiwa diterima.

“Petugas dan orang awam di Menara Kinabalu, Wisma Wanita dan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah keluar dari bangunan dan berkumpul di tempat berkumpul.

“Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan dan pengesahan keselamatan setelah petugas dan orang awam keluar dari bangunan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba buat masa ini turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi