Imigresen Sabah nafi operasi penguatkuasaan aktif hanya musim pilihan raya – Saleha

TAWAU – Jabatan Imigresen Sabah menyangkal dakwaan segelintir masyarakat bahawa operasi penguatkuasaan berterusan yang dilakukan agensi berkenaan berkaitan dengan pilihan raya akan datang.

Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi Imigresen terbabit merupakan tugas dan usaha konsisten penguat kuasa Imigresen.

“Kita ada KPI selain ada aduan yang diterima untuk kita ambil tindakan dan oeprasi itu rutin pasukan penguatkuasa imigresen. Tiada kaitan PRN atau PRU, ini adalah tugas.

“Inilah komitmen kita melaksanakan tugas berterusan mengesan mereka yang tinggal lebih masa di negara ini, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri termasuk menyalah guna pas lawatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Imigresen Tawau, pada Rabu.

Sehubungan itu, Saleha berharap agar masyarakat menghentikan tuduhan terhadap perkara yang tidak sepatutnya termasuk mengaitkannya dengan pilihan raya.

“Kita lakukan tugas berdasarkan tanggungjawab dan jika bukan Imigresen, siapa lagi?

“Kita kena ‘back to back’ dengan agensi penguatkuasaan lain bagi operasi agar hentikan kehadiran warga asing tanpa dokumen ini,” tegasnya.

Menurut Saleha, sepanjang Januari hingga 4 April lepas, pihaknya memeriksa seramai 8,980 orang menerusi 465 siri pemeriksaan di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, seramai 1,440 orang telah ditahan dan 37 majikan turut didakwa atas kesalahan melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Bagi tempoh itu juga, 3,528 orang telah dipindah ke negara asal melalui laut serta udara dari 53 siri pemindahan dimana warga Filipina tertinggi dipindah,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta