Parkir lori besar, tumbang pokok usaha warga asing halang operasi Imigresen – Saleha

TAWAU – Memarkir sebuah lori besar dan menumbang sebuah pokok bagi menghalang laluan antara cabaran dihadapi penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah dalam operasi di kawasan perkampungan setinggan di Jalan Damai Semporna, awal pagi Rabu.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, usaha warga asing menyekat pergerakan penguat kuasa itu bagaimanapun dapat diatasi dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Untuk masuk ke kawasan setinggan itu kira-kira 300 meter dan kita dapat maklumat mereka (warga asing) tahu dari majikan sehari sebelum bahawa Imigresen akan membuat operasi.

“Oleh itu, mereka mengambil tindakan untuk memarkir kenderaan berat serta menumbang sebuah pokok bagi menyekat laluan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Imigresen Tawau di sini pada Rabu.

Saleha berkata, pihaknya juga berdepan cabaran keadaan gelap gelita, kawasan berlumpur (lecak), ancaman anjing liar dan sambungan wayar elektrik yang merbahaya (aktiviti curi karan).

Operasi dijalankan pada Selasa sehingga pukul empat pagi tadi berjaya menahan 88 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada 173 yang diperiksa di dua penempatan setinggan, sebuah tapak pembinaan pusat peranginan dan premis perniagaan.

Jumlah tangkapan membabitkan tangkapan warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan China berumur tiga hingga 65 tahun iaitu 56 lelaki, 12 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki serta 11 kanak-kanak perempuan.

“Semasa operasi dijalankan, terdapat warga asing Pakistan yang cuba bersembunyi di dalam almari pakaian, mendakwa memiliki kad pengenalan tetapi semasa pemeriksaan, mereka menyimpan salinan kad pengenalan yang di ‘laminate’ dan mengelirukan selain cuba melarikan diri dari anggota operasi.

“Terdapat juga pelancong warga Asing China yang seharusnya kembali ke negara asal berikutan pas lawatan sosial mereka telah tamat tempoh tetapi dikesan masih berada dan bekerja di tapak binaan tersebut.

Jelas Saleha, kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C), Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen Malaysia 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen iaitu melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

Related Posts

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

KOTA KINABALU – Isu jalan raya rosak di kawasan Parlimen Sepanggar diberi perhatian serius, dengan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara berperingkat. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, aduan rakyat berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

IPOH– Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak, termasuk wakil rakyat pembangkang, menerima peruntukan sama rata sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028