Jika keluar Pas haram, apa pula hukum ‘halalkan’ orang keluar Pas

PUTRAJAYA – Keputusan Pas ‘menghalalkan’ ahlinya keluar parti dan menyertai Bersatu agar menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk memenuhi citarasa pengundi dianggap sebagai mengarut.

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Ridzwan Abu Bakar berkata, strategi yang digunakan seolah-olah membuktikan parti itu tergolong dalam kalangan munafik, berikutan Pas sebelum ini menghukum tindakan keluar parti sebagai haram.

Sehubungan itu, beliau secara sinis mencabar Pas apakah fatwa yang boleh dikeluarkan selepas membenarkan ahli sendiri sertai Bersatu.

“Ketika kami (Amanah) keluar dari Pas, kami dianggap meninggalkan jemaah Islam, lalu dibaca hadis ‘sesiapa yang keluar dari jemaah Islam walaupun sejengkal, maka tertanggallah Islam dari tengkuknya’, lalu dihukumlah dengan pelbagai hukum.

“Hukum keluar Pas haram, apa pula hukum tandatangan meluluskan orang keluar Pas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ridzwan berkata, perbuatan Pas sememangnya penyimpangan besar berbanding cacian yang dilemparkan kepada ahli Amanah ketika berpecah pada 2015.

“Bila kami isytiharkan Amanah adalah parti berteraskan Islam, Pas pun kata ‘tak boleh ada jamaah Islam yang kedua’, dibacakan hadis ‘apabila dibaiah khalifah yang kedua, maka perangilah yang berbaiah itu’. Hanya Pas jemaah Islam,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, PN mengisytiharkan calonnya di Neggiri adalah ahli Pas yang meninggalkan jemaah Islam itu dan diterima oleh Bersatu, bahkan calon itu bersumpah laknat ke atas diri sekiranya dia meninggalkan pula Bersatu.

“Ironinya, yang mengisytiharkan nama calon itu adalah orang yang sama membaca dan mengulas hadis tentang jemaah ikut kehendak nafsu 10 tahun yang lalu.

“Demikianlah Pas, sebuah parti yang masuk dalam kategori lain-lain, bergerak tanpa panduan tetap. Yang ada hanyalah kepentingan semata-mata,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor dilaporkan berkata, pemilihan bekas ahli Pas, Mohd. Rizwadi Ismail sebagai calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Nenggiri dibuat untuk menepati ‘citarasa’ pengundi.

Katanya, tidak timbul soal ketandusan calon seperti didakwa UMNO sehingga Bersatu terpaksa ‘mengimport’ Mohd. Rizwadi yang menyertai parti itu dua hari sebelum diumum sebagai calon yang mewakili PN.

Related Posts

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi memperkukuh usaha membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan ekonomi di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

KOTA KINABALU – Sebanyak 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di seluruh negara sepanjang tempoh operasi bermula 16 Mac hingga 19 April 2026. Timbalan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina