Jerayawara Tribunal Perumahan diadakan pada 2 hingga 3 Ogos di Wisma Sanyan

SIBU: Jerayawara Tribunal Perumahan diadakan selama dua hari bermula pada 2 hingga 3 Ogos di Wisma Sanyan, Sibu.

Anjuran jerayawara tersebut merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

Difahamkan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan), Datuk Michael Tiang Ming Tee bakal hadir pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan MPHLG, jerayawara tersebut memfokuskan kepada hak-hak sebagai pembeli rumah, kaedah dan prosedur bagi menfailkan kes ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak dan Tribunal Pengurusan Strata dan perkara berkaitan pembelian rumah.

Selain itu, reruai juga akan dibuka untuk memberi peluang kepada pengunjung terutama kepada pembeli rumah di sekitar Sibu.

Orang ramai juga berpeluang bertanyakan soalan dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus kepada kakitangan Kementerian dan agensi-agensi perumahan yang terlibat.

Antara agensi kerajaan yang turut mengambil bahagian dalam jerayawara ini ialah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.

  • Related Posts

    PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

    KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

    IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

    Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

    PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

    PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

    Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

    Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

    JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

    JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

    Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

    Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

    7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

    7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan