UMNO akan mula tindakan undang-undang terhadap ADUN Rembia

MELAKA – UMNO akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta susulan tindakannya melompat parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah berlangsung di Menara Dato Onn malam tadi.

“Mesyuarat mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

“Ia sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang sudah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini turut menegaskan yang Jailani perlu bersedia untuk membuat bayaran tersebut kepada UMNO.

Tambahnya, semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya wajib membayar denda berkenaan sekiranya melakukan khianat terhadap parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO, sah menyertai PAS berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Muhamad Jailani yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR sebelum ini adalah antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong BN bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau kemudiannya telah dipecat oleh PKR sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Antara lain, mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan parti dalam menggerakkan jentera menuju ke Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri bermula hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Related Posts

Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026