Bersatu tak asli, patut pinjam Annuar Musa jadi calon – Puad Zarkashi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyelar Bersatu telah hilang keaslian dari awal penubuhannya kerana banyak persamaan dengan UMNO.

Menurut Mohd Puad parti itu juga sepatutnya ‘meminjam’ Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Bersatu dari awal lagi tiada keaslian. Pemimpin utamanya asal dari UMNO. Nama, warna dan dasar parti semua ditiru daripada UMNO.

“Calon pun pinjam daripada Pas. Patut pinjam Annuar Musa,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Mohd Puad turut mengkritik tindakan Pas melantik bekas ahli Pas, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon di DUN Nenggiri dikata menepati ‘citarasa’ pengundi adalah mengarut.

Mohd Rizwadi pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.

“Memang mengarut bila Kamaruddin Mohd Nor Ketua Bersatu Kelantan kata, tujuan pinjam ahli Pas jadi calon Bersatu ialah untuk penuhi citarasa pengundi.

“Itu bukan ikut citarasa pengundi tapi citarasa Pas. Bersatu jadi parti ciplak kerana ikut telunjuk Pas Sebab itu terikut ikut buat sumpah laknat,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengumumkan Mohd Rizwadi sebagai calon bagi PRK DUN Nenggiri di Masjid Hijau Renok, Gua Musang.

Terdahulu, PN menyenaraikan dua calon parti itu antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Sheikh Razali Hamad dan seorang penggawa di Dabong, Sun Najaman sebagai calon di kawasan itu.

  • Related Posts

    GRS bukan sekadar pakatan, tapi keluarga politik demi masa depan Sabah – Rina

    TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sambung kontrak Azam Baki, Izzah sedia bawa kepada PMX

    KUALA LUMPUR –  Nurul Izzah Anwar komited dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau yang bertanding sebagai…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

    MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

    Nelayan pukat udang maut dipanah petir

    Nelayan pukat udang maut dipanah petir

    Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

    Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

    Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

    Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

    Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

    Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

    Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

    Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah