Jentera BN harmoni, tiada unsur boikot

JENTERA Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan harmoni dan bersedia membantu calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Justeru Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan kononnya berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dengan calon BN pada PRK berkenaan.

Beliau yakin Pemuda UMNO Bahagian Tapah akan menggerakkan jentera sayap untuk membantu kempen sekali gus memastikan kemenangan BN pada PRK ini.

Tegasnya, kerjasama antara Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Tapah, dengan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Fahmi Ahmad Jakhisi, berada pada tahap baik.

“Tidak ada (unsur boikot dalam kalangan Pemuda UMNO Bahagian Tapah). Beliau (Fahmi) berada dalam setiap mesyuarat yang diadakan, sama ada pada peringkat negeri atau bahagian.

“Insya-Allah, jentera mereka (Pemuda UMNO Bahagian Tapah) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Mohamad Yusri sebagai calon (BN pada PRK DUN Ayer Kuning),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon, di Tapah hari ini.

Turut hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap komposisi pengundi pelbagai kaum bakal memberi peluang kepada Mohamad Yusri untuk mengekalkan kemenangan BN pada PRK DUN Ayer Kuning, 26 April ini.

“Kita tidak menjanjikan pembangunan tetapi yakinlah (menerusi) pemilihan Mohamad Yusri ini, pembangunan akan diteruskan dan kebetulan (lokaliti) Ayer Kuning (berada) dalam kawasan luar bandar.

“Insya-Allah, KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan memikirkan pembangunan infrastruktur berterusan.

“Pengundi diharap dapat memberi sokongan kerana Mohamad Yusri menjanjikan kesinambungan kepada perkhidmatan penyandang, Allahyarham Ishsam Shahruddin,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen