Sindiran karikatur PN lambang politik tidak matang, macam budak-budak – DAP

TAPAH – Karikatur menyindir Perdana Menteri dan Setiausaha Agung DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah politik sangat tidak matang yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, beliau kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang disifatkan tidak wajar dibuat sewaktu proses penamaan calon.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sindiran melalui karikatur sebegitu pastinya berniat jahat serta tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara.

“Saya kesal dengan tindakan PN yang menggunakan karikatur yang seolah-olahnya menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB (Yang Berhormat) Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP).

“Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan pendekatan politik yang sangat tidak matang. Sindiran melalui karikatur sebegini, cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yang perlu kita atasi bersama seperti perang tarif Trump (Presiden Amerika Syrikat, Donald Trump),” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, sebagai parti politik yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, pihaknya percaya perdebatan politik harus berteraskan dasar, pelan pembangunan serta cadangan penambahbaikan.

“Bukannya secara mempermainkan individu dengan cara kebudak-budakan serta memperalatkan agama serta kaum sebagai modal murahan. Negara kita memerlukan politik yang membina, bukan membinasa.

“Pakatan Harapan (PH) komited dan cakna untuk memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK ini bagi memperkukuh hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan pembangunan negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam respons menerusi mesej kepada media, Loke secara berseloroh mengucapkan terima kasih atas tindakan penyokong PN itu yang ‘membawanya’ ke proses penamaan calon biarpun hakikatnya beliau tidak hadir.

“Terima kasih kerana membawa ‘kehadiran’ saya di Ayer Kuning walaupun saya tidak dapat hadir bersama dalam proses penamaan calon untuk menyokong calon Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen